Friday, 29 April 2011

Sumpah Laknat Eskay

Sumpah Laknat Eskay - Tak Ikut Ajaran Islam



Sumpah laknat Eskay tidak menurut ajaran Islam. Ini kerana sumpah tuduhan zina itu boleh hanya untuk isteri sahaja. itu dinamakan sumpah Li'an.Ianya ada di nyatakan dalam al Quran surah an-Nur ayat ke 6 hingga 10.

Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri

Sumpah laknat yang diguna eskay ini tidak boleh dipakai dan tak laku.

Tindakan sumpah laknat oleh datuk T memang tak boleh diterima dalam perundangan Islam mahupun bahan bukti perundangan biasa.

Ini bukan bertujuan untuk menyebelahi mana-mana pihak. Ini adalah sekadar mengulas pandangan ulamak dan yang arif dalam hal agama Islam. Mengapa terang-terang tolak ulamak dalam hal ini? Mesti ada agenda tersendiri.

Maka orang ramai tidak boleh terus mempercayai bulat-bulat tuduhan fitnah ini. Sebabnya ini berkaitan tuduhan ZINA. Berat hukumannya bagi yang membuat tuduhan zina.

Namun kita juga tidak boleh menolak mentah-mentah tuduhan zina  ini kerana di sini ada pemberatnya juga. Sumpah ini pemberatnya. Sanggupkah kita membuat sumpah laknat jika ianya sekadar 'konspirasi' sahaja? sebab sumpah laknat akan makan diri. Bukan benda yang ringan. Sangat berat!

Maka kita sebagai rakyat hanya mampu mendengar dan menilai sendiri mengikut hati masing-masing, dengan syarat kita mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak. Siasatan video seks anwar ibrahim ini masih lagi di jalankan.

"kepada Allah kita berserah"

Royal Wedding

Putera raja England, Williams telahpun melangsungkan perkahwinan diorang. memang betul-betul perkahwinan diraja. Puteri Catherine nampak anggun dan Putera William memang segak. Putera William nampak sama rupa bapanya. Tapi aku tengok adik dia Harry tu macam tak suka je :)

Bakal pewaris takhta England ni memang cocok dengan pasangannya. tapi yang pastinya Ratu lebih berkuasa :)

Tak selalu kita dapat tengok Royal Wedding macam ni yang melibatkan kerabat diraja Englad. Ni pula bakal pewaris takhta England.

Dari pengamatan aku, sudah tentu Puteri Diana lagi cantik. Apa-apapun tu diorang punya hal.

Kita kena ambil tahu juga pasal benda-benda macam ni sebabnya kita tak nak di gelar hidup dalam kotak. Walaupun mereka bukan beragama Islam, tak salah kita ambil tahu.

Royal Wedding yang sangat gemilang sebabnya dah tentu wartawan seluruh dunia ada. Cuma aku je takde kat sana :)

"kepada allah aku berserah"

Thursday, 28 April 2011

Video Seks Anwar Tersebar

Video Seks Anwar Tersebar : Siapa tidak pernah kenal dengan Anwar Ibrahim yang merupakan bekas timbalan perdana menteri suatu ketika lama dahulu. Laungan hebat yang pernah di bawanya ketika dahulu adalah "Reformasi". Tapi apa sudah jadi dengan beliau sekarang?


Dahulunya kita di gemparkan dengan kes liwat beliau bersama Sukma darmawan pada tahu 1998. Pada tahun ni pula kita di gemparkan dengan kes liwat yang terkini lagi sensasi iaitu Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Sangat 'hot' cerita ni. Cerita gempa bumi pun kalah.

Mana tidaknya, si Saiful siap bersumpah laknat bagi menunjukkan kes ni benar-benar berlaku dan bukan 'cobaan'. Kalau dah sampai sumpah laknat ni, memang berat der. Bukan main-main punya hal. Kalau yang bersumpah tu menipu, memang ranaplah hidup dia.

Anwar Ibrahim tetap mempertahankan maruahnya dengan mengatakan semua ini adalah satu konspirasi Najib & Rosmah untuk menjatuhkan 'bakal perdana menteri' itu. Beliau kata semua ini fitnah. Betul ke?

Sayapun tak tahu sebab saya bukan pelakunya.

Nak jadikan cerita Anwar Ibrahim ini bertambah hot, maka wujudlah 3 orang pelakon tambahan yang membawa satu 'hadiah misteri' untun DSAI. Apa ya yang terkandung dalam 'beg misteri' tu? Korang semua pasti tahu punya.

Video Seks Anwar Ibrahim

Trio lelaki yang membawa 'beg misteri' ini terdiri dari ahli perniagaan, malah bekas ketu menteri Melaka juga terlibat sama. Aduhai malangnya Anwar. Ramai sangat nak jatuhkan dia ni. Kenapa Ya??

 Ada kes dendam ke pada bekas ketua menteri tersebut? Pandai-pandailah korang cari dendam tu.

Sekarang ni tersebar pula video seks Anwar Ibrahim dalam internet. yang jadi semakin peliknya dengan kes ni, masa first time video seks Anwar Ibrahim dengan perempuan Cina ni keluar internet, polis sibuk cari siapa yang publishkannya kat internet. Padahal yang mengaku memiliki video tersebut adalah si trio tu. Pergilah tanya diorang dahulu! Emosi plak.



Sekarang ni perbicaraan anwar Ibrahim untuk kes liwat belum selesai dah ada pulak kes video ni. hampeh betul. Apa-apapun sebagai rakyat Malaysia macam saya ni, hanya dok perhati je lah kes ni. Kadang-kadang nak tengok berita pun malas. Memang cerita sama jelah.

Nak tonton dengan ank-anakpun malu. Sebab nanti diorang tanya macam-macam. Pening jugak nak jawab.

Eh sebelum tu! Korang dah tengok video seks Anwar Ibrahim dengan perempuan cina tu? Kalau dah tengok, bagi komen sikit samada dia ke pelakunya atau orang lain. Samada video tu hanya lakonan semata? Boleh bagi komen sikit eh. banyakpun takpe.

"dan kepada Allah kita berserah"

Semuanya Bermula Di Sini

Akhirnya berjaya juga aku buat stu blog khas untuk melontarkan segala pandangan berkaitan apa sahaja yang lahir dari benak fikiran aku ni. Kenapa mesti aku nak hasilkan blog untuk ceritakan semuanya ek?

Aku rasakan adalah sangat puas jika aku dapat kongsikan segala yang aku rasa dan fikir bersama orang lain. Moga-moga ada manfaatnya juga. Sebab aku ni sangat suka berfikir dan menjadi tanggungan berat untuk memikul buah fikiran yang terbeban dalam benak fikiranku.

Ada baiknya segala pandangan ataupun komen aku berkaitan segala benda dapat di fikirkan bersama-sama. Segala ke tidak sengajaan aku dalam memberi komen adalah di dahulukan dengan maaf.

Ianya hanyalah sekadar pendapat secara personal dan tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati.